Taska, Tadika & SAR Al-Fitrah: Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Al-Fitrah

February 9, 2016

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Al-Fitrah



AL- FITRAH Kota Belud 
Kilometer 0.2, Jalan Kudat,
Kampung Kota Belud,
Peti Surat 383, 89158
Kota Belud, Sabah. 
( Pej : 088 - 971 013 )

[ Gambar Premis & Pejabat Al-Fitrah]

   
     Al-Fitrah Kota Belud menyediakan perkhidmatan asuhan kanak-kanak (TASKA) bagi yang berumur tiga bulan hingga tiga tahun, sekolah Tadika bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun dan seterusnya Sekolah Agama Rakyat (SAR/Kafa) bagi murid yang berumur tujuh tahun hingga 12 tahun. Memberikan pendidikan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan dan seiring dengan konsep '6 Unsur Bersepadu' yang menjadi tunggak dalam sistem pembelajaran, pengajaran serta amalan seharian Al-Fitrah. Tidak ketinggalan dengan arus pemodenan dunia, konsep pendidikan Rasulullah turut diterapkan agar dapat melahirkan insan yang sentiasa pada fitrah sebenarnya iaitu untuk kembali kepada Tuhan serta menjadi generasi yang Soleh dan Solehah.

Al-Fitrah merupakan sebuah institusi yang mentadbir ketiga-tiga yang disebut tadi iaitu Taska, Tadika & Sekolah Agama Rakyat (SAR) / Kafa. Ketiga-tiga institusi ini turut mendapat seliaan dan perakuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Unit Pendidikan Swasta serta Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).


  • Taska Al-Fitrah : JKM - S/TI/036-2013
  • Tadika Al-Fitrah : KPM - X5A5021
  • SAR Al-Fitrah : JHEAINS - 200-0/12/171

"Membina Generasi Intelek yang Soleh dan Solehah"



No comments:

Post a Comment

Taska, Tadika dan SAR Al-Fitrah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign