Taska, Tadika & SAR Al-Fitrah: Sejarah Penubuhan Dan LatarBelakang

June 16, 2015

Sejarah Penubuhan Dan LatarBelakang


Al-Fitrah mula diasaskan pada akhir tahun 2006 di Kampung Bobot, Kota Belud. Namun pada ketika itu Al-Fitrah hanya menyediakan perkhidmatan Taska Rumah sahaja.

Taska rumah tersebut telah ditubuhkan oleh Puan Samaniah@Umairah atas sebab minat dan kesedaran beliau setelah lama berkecimpung dalam bidang tersebut sejak tahun 2002 lagi. Malahan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Guru Tadika pada tahun 1989. Setelah lama berkhidmat di bawah syarikat lain, akhirnya pada hujung tahun 2006 beliau disokong oleh suaminya untuk menubuhkan Taska Rumah di  Kg.Bobot, Kota Belud. Pada pertengahan 2007, Taska Rumah Al-Fitrah berpindah ke Kg. Tempasuk 2 Baru, Jln Kompleks Sukan. Dan pada tahun 2008, Taska Al-Fitrah berpindah lagi ke lokasi Kg. Kinota, Tempasuk 1, Jln Kem Paradise.

Memandangkan sambutan semakin meningkat, Pengusaha (Pn. Samaniah@Umairah) mula mencari bangunan dan lokasi baru yang sesuai dan boleh menempatkan ramai kanak-kanak. Akhirnya, pada awal tahun 2009, Taska Al-Fitrah memulakan operasinya sebagai Taska Institusi di lokasi baru iaitu di Kilometer 0.2 Jalan Kudat, Kg Kota Belud, Pekan Kota Belud. Pada masa yang sama juga, Tadika Al-Fitrah Cahayaku dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Fitrah mula ditubuhkan dan memulakan perkhidmatan serentak dengan taska. Kedua-dua institusi ini mendapat perakuan dari Jabatan hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebagai Tadika Rakyat dan Sekolah Agama Rakyat.

Penubuhan TASKA, TADIKA dan SAR ini adalah sebagai sebuah institusi pendidikan dan asuhan kanak-kanak swasta atas diatas kesedaran dan tanggungjawab bersama serta bertujuan untuk  mengembalikan fitrah insan agar patuh pada peraturan Tuhan dan juga melahirkan generasi yang berperibadi cemerlang dari segi minda, rohani dan fizikal. InsyaAllah, dengan izinNya.


(Taska Al-Fitrah – JKMM : S/TI/036-2013) 

Taska Al-Fitrah ini terletak di pekan Kota Belud. Ia telah mula ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi. Namun pada ketika itu Taska Al-Fitrah bergerak sebagai Taska Rumah. Diusahakan oleh Puan Umairah @ Samaniah (seorang Guru KAFA pada ketika itu) dan mempunyai  2 orang pengasuh.  Pada awal pelaksaan perkhidmatan ini, taska di rumah yang ditubuhkan beliau telah pun mendapat sambutan yang baik dan mengasuh 9 orang kanak-kanak. 2 orang bayi, dan 7 orang kanak-kanak yang berumur 1 tahun dan keatas.

Pada bulan Oktober 2013, Taska Al-Fitrah akhirnya berjaya didaftarkan di bawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA (JKMM) sebagai Taska Institusi setelah melalui pelbagai cabaran untuk melepasi pelbagai halangan dan ujian serta tapisan yang telah digariskan oleh beberapa agensi sebelum mendapatkan sijil perakuan dan pendaftaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat demi menjadikan Taska Al-Fitrah sebagai sebuah taska yang selamat dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. 


(Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya - KPM : X5A5021) 
Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya telah mula ditubuhkan pada tahun 2009. Lokasinya yang strategik kerana berada di tengah-tengah pekan Kota Belud menjadikannya antara tadika swasta pilihan bagi ibubapa. 
Tadika ini pada mulanya dinamakan Tadika Al-Fitrah Cahayaku. Mengambil nama daripada kaedah cepat membaca iaitu CAHAYAKU (Karisma Unggul Sdn.Bhd) yang diamalkan oleh tadika ini dan merupakan satu-satunya tadika yang menggunakan teknik ini di Kota Belud. Teknik ini juga telah terbukti berjaya menghasilkan pelajar-pelajar boleh membaca surat khabar seawal usia 6 tahun. 
Pada ketika itu Tadika Al-Fitrah Cahayaku dibawah seliaan JHEAINS sebagai Tadika Rakyat. Namun, apabila tadika ini telah berjaya didaftarkan dibawah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Mei 2013, tadika ini telah dinamakan TADIKA AL-FITRAH SINAR CAHAYA..


(Sekolah Agama Rakyat Al-Fitrah – JHEAINS : 200-0/12/171) 

SAR Al-Fitrah mula ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Encik Zamannuddin Mohd Aling, iaitu suami kepada Pn. Samaniah@Umairah (Pengusaha Taska Al-Fitrah). Pn. Umairah juga merupakan Pengetua SAR Al-Fitrah. SAR ini berlokasi di Kg.Kota Belud dan mempunyai pelajar seramai 25 orang pada awal penubuhannya. 

Penubuhan SAR sejajar dengan tujuan dan matlamat Taska dan Tadika dibawah pentadbiran yang sama, iaitu Al-Fitrah. Dengan konsep yang berbeza dan mementingkan kualiti pelajar dari aspek akhlak, pengetahuan, amalan, dan ukhwah, SAR ditubuhkan untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dan minda cemerlang. SAR Al-Fitrah mendapat pendaftaran dibawah JHEAINS pada tahun 2009 dengan nombor perakuan 200-0/12/171 dan mempunyai 2 orang guru.


No comments:

Post a Comment

Taska, Tadika dan SAR Al-Fitrah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign