Taska, Tadika & SAR Al-Fitrah: Visi, Misi, Objektif & Piagam Pelanggan

June 16, 2015

Visi, Misi, Objektif & Piagam Pelanggan


VISI

Mengembalikan fitrah insan agar taat dan patuh kepada peraturan Tuhan.



MISI

Melahirkan generasi yang berperibadi cemerlang dari aspek minda, rohani dan fizikal.



OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi yang kenal Pencipta, cinta Rasulnya, kasihkan ibu ayahnya serta sayangkan guru-gurunya  
  • Memupuk nilai-nilai 6 unsur bersepadu di kalangan kanak-kanak,pelajar & guru-guru/pengasuh
  • Melatih kanak-kanak dan pelajar agar mempunyai potensi dan bakat yang cemerlang dalam pelbagai aspek perkembangan.


PIAGAM PELANGGAN


InsyaAllah, kami warga AL-FITRAH dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk ;

  1. MURID
  •    Menyuburkan iman dan taqwa serta disiplin yang tinggi
  •    Memupuk nilai 6 unsur bersepadu di setiap kanak-kanak dan pelajar
  •    Meningkatkan potensi pelajar ke tahap maksima
  •    Menyediakan sistem pembelajaran yang selamat dan kondusif .

   2.  STAF/KAKITANGAN
  •    Memupuk nilai murni sesama warga berasaskan nilai 6 unsur bersepadu
  •    Mewujudkan rasa bersama
  •    Menyediakan ruang dan suasana kerja yang kondusif
  •    Meningkatkan kesedaran bahawa ‘kerja kita, ibadah kita’
  •    Memberi perkhidmatan yang cepat, layanan yang baik serta mesra pelanggan

   3.  IBUBAPA/PENJAGA/KOMUNITI
  •    Mengerat dan menyuburkan silaturrahim sesama
  •    Mempermudahkan urusan dengan pihak sekolah
  •    Menyuburkan rasa sepunya dan rasa bertanggungjawab bersama.



No comments:

Post a Comment

Taska, Tadika dan SAR Al-Fitrah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign