Taska, Tadika & SAR Al-Fitrah: Peraturan

February 9, 2016

Peraturan



Masa perkhidmatan & Waktu operasi

TASKA AL-FITRAH             : Isnin - Jumaat     ( 6.30 pagi - 5.30 petang)
TADIKA AL-FITRAH           : Isnin - Jumaat     ( 7.30 pagi - 12.00 tengahari )
SAR/KAFA AL-FITRAH       : Isnin - Jumaat      ( 2.00 petang - 5.00 petang )


Cuti

Cuti umum dan hari kelepasan am.


Pelawat

  • Pelawat hendaklah mendapat kebenaran untuk melawat daripada Penyelia/Pengusaha dan menulis nama dalam buku rekod.
  • Orang luar tidak dibenarkan berada di dalam kawasan premis samada waktu operasi mahupun selepas waktu operasi tanpa urusan/kebenaran dari Penyelia/Pengusaha.
  • Ibubapa/penjaga tidak dibenarkan berada terlalu lama di dalam kawasan premis. 
  • Di larang memasuki kawasan dalam dan dapur premis tanpa kebenaran Penyelia/pengusaha.
  • Di larang merokok dan meludah atau melakukan sesuatu perbuatan yang mengganggu ketenteraman dan kebersihan di sekitar premis.
  • Di larang membawa keluar pelajar mahupun anak-anak taska diwaktu operasi oleh ibubapa/penjaga tanpa kebenaran Penyelia/Pengusaha. Hanya ibubapa/penjaga yang berdaftar sahaja dibenarkan dengan alasan yang munasabah.
  • Jika ibubapa/penjaga ingin meminta bantuan orang lain yang tidak berdaftar untuk mengambil kanak-kanak, kebenaran bertulis diperlukan.
  • Perlu menandatangani borang kedatangan semasa mengambil kanak-kanak bagi ibubapa/penjaga yang tidak berdaftar.
  • Ibubapa/penjaga perlu tinggalkan pesanan penting SECARA BERTULIS (contoh : jenis & dos ubat) kepada Pengasuh/Penyelia/Pengusaha.
  • Di larang memakai/membawa barangan berharga atau merbahaya di premis.
  • Larangan kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit berada di premis sehinggalah mendapat pengesahan dari pegawai perubatan bertauliah bahawa penyakitnya benar-benar telah pulih sepenuhnya.
  • Hendaklah menyediakan ubat sekiranya kanak-kanak demam, selesema atau batuk. Pihak premis hanya menyediakan ubat demam sahaja untuk persediaan.
  • Ibubapa/penjaga perlu maklumkan sebarang perubahan maklumat peribadi, contohnya alamat dan nombor telefon atau status ibu bapa (bagi yang telah berpisah serta perubahan hak penjagaan)
  • Di larang membekalkan ‘chewing gum’ kepada kanak-kanak.
  • Di larang membekalkan makanan yang tidak berkhasiat kepada kanak-kanak.



No comments:

Post a Comment

Taska, Tadika dan SAR Al-Fitrah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign