Taska, Tadika & SAR Al-Fitrah: Profil Al-Fitrah Kota Belud

May 31, 2015

Profil Al-Fitrah Kota Belud



SEJARAH PENUBUHAN DAN LATARBELAKANG

Al-Fitrah mula di asaskan pada hujung tahun 2006 di Kampung Bobot, Kota Belud. Namun pada ketika itu hanya menyediakan perkhidmatan Taska Rumah sahaja.

Taska Rumah tersebut telah ditubuhkan oleh Puan Samaniah@Umairah atas sebab minat dan kesedaran beliau setelah lama berkecimpung dalam bidang tersebut sejak tahun 2002 lagi. Malahan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Guru Tadika sejak tahun 1989. Setelah lama berkerja di bawah syarikat lain, akhirnya pada tahun 2006 beliau bersama suaminya telah menubuhkan sendiri taska sebagai Taska Rumah di lokasi Kg.Bobot, Kota Belud. Namun,  pada pertengahan 2006, Taska Al-Fitrah berpindah ke Kg. Tempasuk 2 Baru, Jln Kompleks Sukan. Pada tahun 2007, Taska Al-Fitrah berpindah lagi ke lokasi Kg. Kinota, Tempasuk 1, Jln Kem Paradise.

Memandangkan sambutan semakin meningkat, pengusaha taska mula mencari bangunan dan lokasi baru bagi taska tersebut. Akhirnya, pada awal tahun 2009 Taska Al-Fitrah memulakan operasinya sebagai taska institusi di lokasi baru iaitu di KM0.2 Jalan Kudat, Kg Kota Belud, yang mana betul-betul berlokasi di pekan Kota Belud. Pada masa yang sama juga, Tadika Al-Fitrah Cahayaku dan SAR Al-Fitrah mula beroperasi dimana kedua-dua institusi ini berada di bawah seliaan JHEAINS atas pendaftaran Tadika Rakyat dan Sekolah Agama Rakyat.
Penubuhan TASKA, TADIKA dan SAR sebagai suatu institusi pendidikan dan asuhan kanak-kanak swasta atas kesedaran dan tanggungjawab bersama serta bertujuan untuk  mengembalikan fitrah insan agar patuh pada peraturan Tuhan dan juga melahirkan generasi yang berperibadi cemerlang dari segi minda, rohani dan fizikal. InsyaAllah, dengan izinNya.


(Taska Al-Fitrah – JKMM : S/TI/036-2013)

Taska Al-Fitrah yang terletak di pekan Kota Belud telah mula ditubuhkan sejak tahun 2007 lagi. Namun pada ketika itu Taska Al-Fitrah bergerak sebagai Taska Rumah. Diusahakan oleh Puan Umairah @ Samaniah yang pada ketika itu bekerja sebagai Guru KAFA dan mempunyai seorang pengasuh.

Pada bulan Oktober 2013, Taska Al-Fitrah akhirnya berjaya didaftarkan di bawah JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA setelah melalui pelbagai cabaran untuk melepasi ujian serta tapisan yang telah digariskan oleh beberapa agensi sebelum mendapatkan sijil perakuan dan pendaftaran dari Jabatan Kebajikan Masyarakat demi menjadikan Taska Al-Fitrah sebagai sebuah taska yang selamat dan memenuhi piawaian yang telah ditetapkan.


(Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya - KPM : X5A5021)

Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya telah mula ditubuhkan pada tahun 2009. Lokasinya yang strategik kerana berada di tengah-tengah pekan Kota Belud menjadikannya antara tadika swasta pilihan bagi ibubapa.

Tadika ini pada mulanya dinamakan Tadika Al-Fitrah Cahayaku pada ketika itu kerana tadika ini merupakan satu-satunya tadika yang menggunakan kaedah cepat membaca CAHAYAKU (Karisma Unggul Sdn.Bhd) yang mana telah berjaya menghasilkan pelajar-pelajar  boleh membaca surat khabar seawal usia 6 tahun.

Pada ketika itu Tadika Al-Fitrah Cahayaku dibawah seliaan JHEAINS sebagai Tadika Rakyat. Namun, apabila tadika ini telah berjaya didaftarkan dibawah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia pada Mei 2013, tadika ini telah dinamakan Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya.


(Sekolah Agama Rakyat Al-Fitrah – JHEAINS : 200-0/12/171)

SAR Al-Fitrah mula ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Puan Samaniah@Umairah. SAR ini berlokasi di Kg.Kota Belud dan mempunyai pelajar seramai 25 orang pada awal penubuhannya.

SAR Al-Fitrah mendapat pendaftaran dibawah JHEAINS pada tahun 2009 dengan nombor perakuan 200-0/12/171 dan mempunyai 2 orang guru.



VISI

Mengembalikan fitrah insan agar taat dan patuh kepada peraturan Tuhan.


MISI

Melahirkan generasi yang berperibadi cemerlang dari aspek minda, rohani dan fizikal.


OBJEKTIF

  • Melahirkan generasi yang kenal Pencipta, cinta Rasulnya, kasihkan ibu ayahnya serta sayangkan guru-gurunya
  • Memupuk nilai-nilai 6 unsur bersepadu di kalangan pelajar dan guru-guru
  • Melatih pelajar agar mahir 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.


PIAGAM PELANGGAN

InsyaAllah, kami warga AL-FITRAH dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar dan berjanji menumpukan seluruh usaha dan tenaga kami untuk ;

  1. MURID
  •    Menyuburkan iman dan taqwa serta disiplin yang tinggi
  •    Memupuk nilai 6 unsur bersepadu di setiap pelajar
  •    Meningkatkan potensi pelajar ke tahap maksima
  •    Menyediakan sistem pembelajaran yang selamat dan kondusif kepada pelajar.

   2.  STAF/KAKITANGAN
  •    Memupuk nilai murni sesama warga berasaskan nilai 6 unsur bersepadu
  •    Mewujudkan rasa bersama
  •    Menyediakan ruang dan suasana kerja yang kondusif
  •    Meningkatkan kesedaran bahawa ‘kerja kita, ibadah kita’
  •    Memberi perkhidmatan yang cepat, layanan yang baik serta mesra pelanggan

   3.  IBUBAPA/PENJAGA/KOMUNITI
  •    Mengerat dan menyuburkan silaturrahim sesama
  •    Mempermudahkan urusan dengan pihak sekolah
  •    Menyuburkan rasa sepunya dan rasa bertanggungjawab bersama.


No comments:

Post a Comment

Taska, Tadika dan SAR Al-Fitrah Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign